APA MAKSUD JAMINAN PRODUK? Maksud jaminan (warranty) produk adalah sesuatu barang yang memunyai jaminan produk tersendiri supaya apabila berlakunya kerosakan atau cacat, pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau menggangi sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan. Setiap produk yang berkualiti mestilah mmepunyai jaminan supaya dapat meningkatkan kepuasan pelanggan. Bukan sahaja jaminan produk tersebut dititikberatkan dari segi tempoh penggunaan malah dari segi pengesahan produk itu sendiri supaya selamat digunakan seperti mempunyai logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan dari JAKIM untuk rangkaian produk terpilih ini adalah satu peningkatan kepada tahap jaminan untuk pengguna. Produk yang disahkan halal itu diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti. Pensijilan halal itu bertujuan memastikan semua piawaian ketat berkenaan dipatuhi di setiap peringkat pencarian...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PRODUK? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu jaminan produk, kita mestilah mengetahui maksud produk dahulu. Walaupun setiap orang sudah semestinya tahu maksud produk, tetapi saya akan memberi penerangan tentang maksud produk dengan jelas. Setiap orang mesti sentiasa mengambil pelbagai barangan yang sangat diperlukan. Produk yang dihasilkan oleh proses pengeluaran syarikat sentiasa wujud dalam kehidupan manusia. Oleh itu, ia tidak menghairankan bahawa manusia selalu memerlukannya untuk keperluan harian mereka. Pada kesempatan ini, saya akan menerangkan dengan jelas apa makna produk, jenis dan contohnya. Makna produk ialah hasil daripada proses pengeluaran yang dilakukan oleh pengeluar syarikat yang kemudiannya dijual kepada pengguna yang memerlukan. Kebanyakan pendapatan syarikat berasal dari produk yang dijual kepada pengguna. Pengguna akan membeli produk tersebut untuk keperluan harian mereka dan untuk ...